=

Pages

Nuffnang

Saturday, November 2, 2013

Kalau jumpa lelaki mcm ni, terus pergi melamar dorang okay?

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus... *^▁^* 
1. Solat fardhu cukup 5 waktu, 
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. 
 4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain. 
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
 6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah. 
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk. 
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu. 
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..” 
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. 
11. Kalau dia jenis diam tak ada lah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain. 
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak. 
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung. 
 14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi. 
15. Jenis senyum sokmo. 
16. Tak tengok sangat awek cun, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cun.  
 
#Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ni. hehe
Sumber : Sheda ^^

Tuesday, October 22, 2013

Fashion show UHS Bandstarz with Kolar Emas dan Aida Farrell Collection

Assalamualaikum. Sorry sbb senyap a few days. Busy beno skang. Kak ya sibuk cari duit ni jemah oi. Hihi.

Aku selaku penolong organizer, cik shikin wahab dalam projek kali ni, last minute terpaksa catwalk jugak walopun dlm keadaan sakit2. Huhu. Kesian ai. Tapi ai more kesian kat shikin sbb that time muka dia dh merah sgt. Dahi tak de licin dah. Kerut2 mcm hukum tajwid yg panjangnya 6 harkat tu dah. Huhu

Ai pun catwalk. Ini catwalk kali pertama yang ai tak nervous langsung, tak ketaq kepala lutut langsung, tak pakai mata pelesu dan bulu mata pelesu, dan catwalk kali pertama tak pkai kasut tinggi walaupun 2 inch! Sila percaya. Huhu.

Sekalung terima kasih buat band Angelika, juga Majlis Perbadanan Putrajaya, Kolar Emas jugak (*hat ni sayang lebih sebab bagi sponsor baju penang dan kelantan kat ai. Hihi ^^) , dan Aida Farrell Collections. Nak minta maaf sgt2 kat pihak Aida Farrell Collections sbb on that day, during fashion show tak pakai tudung tajaan korang and im just wearing mine. Maaf ye.

Lepas fashion show, ade sesi photoshoot pulak. Its quiet cool for me. Sbb ada sorang photographer ni aku kenal and aku suka hasil kerja dia. Hehe. Superb awesome!

And, aku balik lepas saje angelika punya performance habis. Cerita dia, sebab aku penat walafiat, dan tak ckup tido jadinya masa dengar lagu hikhok hikhok tu, rasa mcm ada bantal dan tilam tengah panggil aku. Haha.

Nak dijadikan cerita, smpai kl dh mlm. Pkul 830 gitu. Dengan rajin nya aku dgn shikin ke jalan tar. Cari barang utk shikin meniaga. Haa. Balik2 je rumah, charge handphone. Padam.

Selamat malam.

Sunday, October 13, 2013

Ikon Muslimah New Faces 2013 menggantikan Diana Amir

Assalamualaikum.
Its a tiring day. Bangun pagi, gaduh ngn shikin, siapa patut mandi dlu. Hari ni luar biasa, sebab aku yg mandi dlu. Bhahaha.

Siap2, syakir dh tunggu kat bawah. Thank you syakir. Sudi tunggu lama-lama tanpa sebarang bunyi. Sebab dia pun dpt benefit, boleh tido skali dlm kereta td. Hihi.

Sesampainye ke butik kak aida farrell collections, terus packing barang. Nk bawak ke shah alam convention centre, utk pertandingan fashion show muslimah new faces 2013/2014 yg menggantikan tempat diana amir sebagai duta karnival walimatul urus malaysia.

Sesampainya kat sana, terus siap2 bg baju kat model. Shikin tlg iron2 baju. Haha. Comel je mek ni buat kerja. During buat kerja tu ada lah a few photographer yg tgkp gmbar kami senyap2. Ala. Ingat ktorang tataw lettew? Hihi.

Bila models dh start makeup, kami pun dh boleh bernafas, ktorang pergi lah melilau2. Tgk booth2 apa yg ada. Perwatakan haruslah acah2 org yg nak kahwin. Ye lah. Dh msuk karnival kahwin-kahwin. Mesti ler fefeeling sikit. Betul tak? Hehe.

Masa fashion show, im the one yg paling busy kalau ikutkan staff aida farrell collections lah. Hihi. Kena buat live update tadi. Tak berapa puas hati sbb cahaya tak ckup and so on. Tapi redha je lah. Kelengkapan kita tak banyak. Wuu.

Alhamdulillah, collection terbaru aida farrell collection, yg tak sempat nk launch kat mana2, menang tempat ke tiga. Model nye pun comel. Masa model tengah catwalk, diana amir sendiri ckp model tu comel. Haaa.

Selesai je sesi ni semua, big boss belanja makan. Alhamdulillah. The way the food been served is completely different from others.
Nasib baik boss belanja, so habis jugak la nasi ni. Hehe.

Sebelum balik dr fashion show dan sebelum mkn, sempat tgkp gmbar kak aida farrell kat cermin, tapi nmpak tgn kiri aku. Hihi.

Setakat tu je lah mlm ni. Thanks for reading (:

Friday, October 11, 2013

Long-Distance Relationship in Short-Distance Relationship

Assalamualaikum.
Its quite confusing. Im having a Long-Distance relationship in a Short-Distance relationship.
But Im okay with that. My status is not change into complicated, but my people who know my story, will consume my story is complicated ^^

Its quite complicated actually. But Im deal with it.
Terima apa adanya itu sudah pasti. hehe ^^
Nak tahu apa yg long- distance and apa yg short-distance nya ?
Long-distance itu secara komunikasi which is susah nak contact each other, dan short-distance itu sebab, boleh jumpa2 . tapi jarang jugak. dua2 busy kemain. payah betul nak jumpa .

Menurut blog CLEO, Long-Distance relationship ni bukannya teruk sgt. Sebab ?

Communication is A-W-E-S-O-M-E
You’ll start appreciating their texts and calls so much more. Selfies are more attractive and Snapchats are a treasure trove of emotions. Because you’ll value their effort to keep in touch, you’ll be more attracted to them and more bonded in the long run! Yay! It’s like waking up to a good morning text every single day of the week.
 
You’ll still get butterflies
Very rarely do we find a person who makes our stomachs do backflips every time we’re about to see them. (Seriously though, if you find that person, hold on. Tight.) You’ll be able to keep the butterflies for longer, because every time you see them, it’s gonna be just like the first few times you met. Aww!
 
Trust will grow
If everything goes well and nobody cheats or lies, you’ll gain infinite trust for the other person. Good relationships are built from trust. You want a good relationship? Trust! Remind yourself to give your Significant Other the benefit of the doubt.

Miss Independent
Time apart means you’ll be in an independent relationship. Which means you won’t need a man to open your jam jars or change your tyres. You got this, girl. It’s also pretty cool because you’ll never feel guilty about taking ‘Me’ time.
 
The Reunion
The super incredible feeling you get when you see each other after so long! So many emotions! So little time! Plus, you can do the running-and-jumping-into-his-arms move you’ve always wanted to try. If he doesn’t manage to catch you when you jump, don’t worry. You’ll have plenty more times to perfect the move over time.

Nah. Pesanan buat orang kat luar sana dan juga diri sendiri, sibuk mcm mana pun awak, ambil berat lah pasal partner tu. Buat apa ada partner kalau korang tak ambil berat pasal dia.  Lebih baik tak da dari ada. Am I right ? Hihi . Nak pesan lagi , jangan abaikan pasangan korang tu, sampai ade orang lain kebas. Pasangan awak pun manusia yg ada hati perasaan jiwa raga. Kalau tetibe pasangan awak tu hilang, dan jatuh ke tangan orang lain, jangan menyesal pulak dan jangan baru nak muhasabah diri . Baik muhasabah diri dari sekarang , sebelum apa2 kejadian yang tak diingini terjadi .

Kbaii . 

Bercinta dengan tam lagi bagus. Tak de siapa nak jeles. Haha :P 

Thursday, October 10, 2013

Manis yang masam

Assalamualaikum.

Today, ada manis dan masam, asam garam kehidupan.

Manisnya, hari ni bincang a few project dengan butik aida farrell collections, dan alhamdulillah i've been designated as social media admin for the boutique. Alhamdulillah. Lepas habis meeting, sempat makan dengan staff butik kak aida, farah abdul rahman (:

Masamnya, masa tengah scroll2 insta, ternampak sorang manusia ni punya profile. Terus terflash back bende2 yg jadi this early year with them. Sakit nya mcm mana kena tikam dengan kawan sendiri, hanya org yg pernah rasa je boleh tahu. Yang paling perit, dorang buat kita ni dh tak wujud. Atas sebab kecik, dan pada pemikiran dewasa, hal ini memang tak masuk akal pun untuk punca jadi smpai mcm ni.

I've promise my self to not establish cerita ni kat mana2. And I will keep that promise. Biarlah perit ni aku je yg rasa. Mungkin silap aku, jadi aku kena belajar dr kesilapan ni.

Aku mmg jenis belajar dr kesilapan sendiri, pengalaman, dan kesilapan orang. Aku pantas belajar dr kesilapan org, tapi lambat belajar dr kesilapan diri sendiri. Mungkin perlu masa untuk hibernate diri sendiri.

Wednesday, October 9, 2013

Luncheon terhebat dalam hidup

Seumur hidup aku, seingat aku lah, aku tak pernah makan lunch paling mengarut smpai tahap mcm ni.

Korang pernah buat tak, pergi kedai mamak, mintak western food time tengah2 hari?

Nak dijadikan cerita, aku dh tak selera nk mkn nasi. These few days ni mmg tak lapar nasi. Lapar bende mengarut-ngarut mcm ni. Tapi hari ni mengarut tahap maksima. Perghh. Aku sendiri tak percaya.

Mkn kat restoran nasi kandar shaaz, seksyen 19 shah alam. Boleh tahan jugak la chicken chop dia. Harga cuma rm10.90. Sos blackpaper okay, sos cili je kurang sikit. Tak pedas. Manis je sos cili dia. Totally, for me this chicken chop rate is 7 out of 10.

So, sesiapa yg ada selera pelik-pelik pada waktu pelik-pelik mcm perangai aku ni, boleh la cari western food kat restoran nasi kandar shaaz, seksyen 19, shah alam.

Gigi biru bukan sebab gula-gula hantu

October yg baru, diceriakan dengan gigi biru. Oh yeahh. Hari ni ada dental appointment kat shah alam. Kali ni berbeza sikit dr appointmrnt sebelum2 ni. Sebabnya, actually gigi ni dh lari dari kedudukan dia sikit. Masa doc check tadi, subhanallah skitnya masa dia dok tolak2, tekan2. Huwaaa. For those yg pkai braces tu, korang jangan lah gangster sangat bila nk makan. Jangan jd mcm aku, semua benda nk bedal, semua benda nk tibai. Last2, sendiri tanggung sakit. Hee.

Sebelum ni gigi warna biru turqoise, hari ni gigi warna biru je . Same kaler ngn handbag buruk yg aku usung kesana-kemari. Hihi.

Nah, comel kan kita sengeh mcm kambing? Hihihi ^^.

Jangan pandang mata, nanti jatuh cinta. Lihat pada gigi, automatic akan senyum sekali.

Haha. Kbai.

Saturday, October 5, 2013

Movie day out with retis-retis (blogger) ^^

Assalamualaikum. First of all, thanks to Tengku Syukri, sebab sudi ambil dyra kat rumah, hantar balik, mcm selalu. Haha :P Masa dia text pagi tu, dia tanya free ke tak mlm ni. Hah . Nak ajak dating lettew. Ekikiki.
Mmg free pun. Pagi2 cuma ada photoshoot, untuk stock Habibika Boutique. Then drag smpai ke petang, dlm pkul 5 mcm tu. Lepas tu habis shoot, mandi2 terus keluar.

Mihmih. Sesampai je kat sana, mmg Subhanallah lapar gila tak yah cakap ah. Tengok orang pun rasa mcm nk mkn org. Haha :P Pergi makan, lepas tu pergi lepak ngn bro kat burger king. And then bru lah gerak same2 , together-gether ke TGV, One Utama. Sesampai je kat sana, BANG!

SANGAT CUAK OKAY!
Syukri kata tgk movie lawak2, fun2 je, then I was okay lah. Skali, cerita HANTU weyhh. Seram shit!
Last2, tak jadi tgk cerita tu. And Im the happiest person that night. Padan muka syukri. Tulahh. Kenakan org lagi. Ekikiki, Mar also happy sebab dia pun jenis takut tgk movie jenis seram-seram shit ni. Hihi :D

Ktorang actually malam tu lepak ngn Aman Nassim and Mikael Andre. Alaa, yg berlakon cerita saya sebenarnya isteri dia and yg lagi sorang tu, adik pierre andre. hihi ^^. Lepak2, sembang2 , pastu bila masa sudah time, kita gerak ramai2 tgk wayang. Ehhh ! Sebelum tu kita tgkp gmbar ramai2 . hihi ^^


Sempat jugak sengal-sengal bengong2 berdua. Ehh. Jap. Tak de orang jeles kann ? Hahaha :P Nak tengok ? wehee ^^




Nah! Pandanglah lihatlah aku bersama bloggers yg lain. hihi. Mmg dorang ni semua COOL GILA! First time jumpa, mmg terus rapat. Tgkp2 gmbar, mcm dh kenal bertahun-tahun lamanya. hihi ^^

Ouh btw, thanks to bro sbb belanja tgk movie Cloudy with a Chance of Meatball 2. Dlu yg first punya, ada lah jugak aku tgk kat wayang. Walaupun aku ni bukan jenis yg layan kartun. Tetibe je layan pulak. Hahaha :p Thank you Bro Framestone, Tengku Syukri and Aman Nassim (:

Sebelum berakhir entry utk kali ni meh nak tunjuk gmbar photoshoot sebelum kita keluar pergi movie. hehe ^^


Love,

Nadira Kushari.

Wednesday, September 25, 2013

Petua kecantikan dan science moden

Zaman sekarang, dh banyak product kecantikan yg dikeluarkan. Asal ada je product baru, kemain lah semua online shop nak jual. I admit, most of the product bagus, but siasat dlu sebelum beli. Jangan sebab nak cepat putih, nak cepat cantik, nak result yg da-bomb, awk habis beratus ringgit dan secara tak sedar awk sebenarnya merosakan kulit dan sistem badan awk. Dulu pernah ada one product, yg kena ban dengan market international, siap masuk paper singapore, and kat indonesia itself, dorang jual senyap2 sebab to sell that product is actually illegal.

Bende ni jadi depan mata kepala sy sendiri. I wont use the product, sebab I have my own perception for this product. Same with you guys. Mana yg korang rasa product tu berkesan, proceed guna product tu okay? Dont change. Sayangilah kulit anda.

Did you guys ever heard products yg menggunakan bahan traditional dan original instead of tea tree? Such as timun, strawberry, papaya, banana and so on. So far tak dengar lagi kan? Tak da ke org nak buat? Well actually you guys can get more vitamin from fruits taw (:

*teringin nak try realisasikan idea ni. But I need food nutritions and also pharmacist who willing to help me regarding this thing*

Yg tetibe banyak idea,
Nadira Kushari.

Thursday, September 12, 2013

Hutang post pasal penang okay?

Aku sakit hati type pakai phone ni sbb tadi aku dh taip untuk "hello and thank you Penang" pastu tetibe touch screen ni jd sensitive dan keluar secara automaticnya. Benci lah. Bila masuk balik apps blogger ni, entry kosong. Perghhh. Sakit pulak hati kita. Taip punya panjang. Cerita punya excited. Last2 hilang mcm tu je.

Tunggu masa nak jumpa syazwan je ni. Dia nk tlg downloadkan apps blogger kat ipad. Mana dgn nk post gmbar lagi? Menaip panjang2, dgn touch screen yg sensitive ni, mmg memanjang typo teruk + sakit hati.

*harap tak de darah tinggi*

Jumpa next entry.

Thursday, September 5, 2013

Celcom lancarkan tiga portal awesome ^^. The Crescent, Buzzaar dan Bachaabooku.


Celcom’s three new digital portals are finally launched. Representatives from Celcom Axiata Berhad (from third left, back row) Mr. Oon Chau Kok , Head of Digital Shopping; En. Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer; En. Afizulazha Abdullah, Chief Digital Services Officer; and Mr. Liew Tze Min, Head of Digital Technology.


(L-R) En. Afizulazha Abdullah, Chief Digital Services Officer of Celcom Axiata Berhad and En. Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer of Celcom Axiata Berhad showcasing The Crescent – Celcom new digital portal and first Islamic one stop lifestyle centre that offers Islamic infotainment and lifestyle services.

Pada 23 August yg lalu, pihak celcom axiata berhad telah mengadakan satu sesi launching untuk 3 prtal terbaru dorang yang awesome, its Bachabooku, Buzzaar, dengan The Crescent. Ketiga-tiga portal ni sangat awesome sebab its offer you guys to buy and search anything yang korang nak dalam portal ni. 

Buzzar ni sebenarnya online speciality store yang mana menawarkan kepada semua pembeli untuk membeli barangan popular dari serantau Malaysia. While, Bachabooku pulak ialah online store yang provide e-books dan majalah online. So korang tak yah susah payah pergi kedai, check setiap kali ada keluaran baru ke tak, majalah dah habis ke, ape ke. Tak payah dah. Go green. Save the tree. Save the world. Beli je e-book. Hari2 boleh baca dari handphone or gadget korang yang exclusive tu. Hihi. Next portal is The Crescent. Kepada anak muda remaja, mcm iolls ni, (haha). Gadis-gadis hijabista mesti sangat suka dan akan jatuh cinta dengan portal ni. The crescent ni sebenarnya Islamic lifestyle hub yang menawarkan pelbagai kemudahan lah contohnya menjual tudung secara online, dan beberapa beberapa kandungan lagi yang khusus untuk Muslims. 

Bagus kan Celcom buat mcm ni? Saaayanng celcom sebab dengan 3 portal terbaru ni, hidup kita akan lebih senang, kan kurang kerisauan. Hehe :D Secara tak langsung jugak, dapatlah support ekonomi Malaysia dengan cara jumlah peningkatan pembeli secara online, pedagang dan technoprenuer. 


Dato’ Sri Shazaali Ramly, CEO Celcom Axiata Berhad dalam ucapan beliau, ada berkata yang ketiga-tiga portal ni diilhamkan untuk merapatkan jurang dalam scenario runcit talian tempatan.  Dimana para pembeli yang mencari produk tempatan dan kandungan boleh lah layari portal ni. Portal ni adalah selaras dengan goal celcom yang nak membina banyak perniagaan secara online seterusnya menjadikan tiang pendapatan utama dalam tempoh dua tahun akan datang. Hebat kan? Project ni dijangka akan mencapai sejumlah sejuta pembeli di dalam portal ini menjelang hujung 2014.
Nak tengok suasana masa majlis pelancaran ni 
 tak ? Hehe :D


Boleh tengok kat sini dan sini :               

Gambar kami? Nanti lah. Next post okay ? Exclusive sikit . Hihihi ^^

Tuesday, July 16, 2013

Perfume Review Mini Me SHINEE ( Minho - Ms. Bloom ) By Etude House



Assalamualaikum. Hari ni nak review sikit tentang perfume Mini Me SHINEE dari Etude House ni . Dyra dah dapat perfume ni yang di post khas dari korea sejak dua hari lepas .
Ye . Di pos khas dari korea taw . Ya Allah . Seriously terharu sangat sebab dorang(*kwn dyra) nak minta dyra buat review pasal perfume ni.

Okay first  step ialah unboxing package lah kan ? Hihi . Then bila dh bukak box tu, subhanallah comelnya perfume ni . Tak pernah tgk pun perfume secomel ni . *melting *

Okay dyra mengaku dyra tak minat artis korea. Tahu2 mcm tu je lah sikit2 .hihi ^^ Tapi yang ni, perfume dari group SHINEE. Kakak and adik dyra sgt sukakan korea so mereka sangat happy bila tgk barang ni smpai dari korea. Im a happy person too :)

This is front view

This is back view :)
And yes . Nak tgk perfume yg comel gila tu ? Here here !

Mini Me SHINEE Minho - Ms Bloom
And korang nampak tak queen punya tiara tu ? Tiara tu boleh ditanggalkan dan boleh cucuk kat handphone . Kira ni mcm accesories/ freegift gitu :) 


See ? Dyra cucuk kat blackberry dyra. Cucuk kat mana? Alaa . Kat tempat yg kita cucuk earphone tu. Kat situ je :) Jangan pergi cucuk kat tempat charger pulak dah la ye . hihihi ^^

And baru sekejap tadi dyra search kat facebook Etude House Malaysia, rupanya perfume ni tak keluar kat Malaysia lagi . Tapi dah official mengatakan perfume ni akan masuk Malaysia tak lama lagi . Sabar ye peminat2 perfume ni semua . Dyra dah merasa pakai perfume ni dulu . Yeehaa * Sila jeles *

Ni bukti yg mengatakan perfume ni tak masuk malaysia lagi . Hehe. Sila tengok tarikh ye :



Perfume ni bau dia sweet sgt. Sesuai untuk gegirls mcm kita2 ni . Cewaahh :) And kalau korang nak tahu, untuk perfume dyra suka kaji, apa ingredient perfume tu . And for this lovely perfume :

Top : Lemon, Green, Peach, Apricot
Middle : Geranium, Jasmine, Tuberose, Magnolia
Bottom : Cedarwood, Sandalwood, Vanilla

So korang mesti dah boleh agak kan bau vanilla mcm mana ? Tak kuat sgt mcm perfume lelaki. Hehe ^^  And the good thing is, kalau kita spray kat baju, mmg tahan lama. Balik kerja pun bau dia still melekat lagi. Nak basuh pun sayang . Hehe :D . Kalau korang nak tahu size perfume ni kalau dipegang besar mana , ni ha . Dyra tgkp gmbar pegang botol perfume ni taw. Curlass kan ? Hihi ^^


 Haaa ! Pasal harga, jangan tanya dyra. Kita tunggu jelah announcement yang akan keluar di page


Till me meet next time darlings .

Love,

Nadira Kushari.

Saturday, July 13, 2013

Photobooth awesome session with le sisters

Assalamualaikum. Tonight nak update activity outing family ktorang.
Hihihi. Before puasa hari tu, we celebrate our last lunch sebelum one month fasting.
Our family pergi breakfast kat ikea at first. Then , mak abah pergi tesco,
while me and my sisters pergi merendek lah . Ape lagi . Hahha .
Sebenarnya ktorang tak tahu nak buat apa .
Memula kata nak karok. Tak smpai hati pulak sebab duit tak de .
Pastu nak pergi main bowling pulak . Aku tak mahu . Adik pun tak mahu .
Along je nak sorang2 . Padahal ktorang dh smpai level kat tempat bowling tu dah.

Bila dah decide tak nak main bowling dan tak nak karok , along ajak pergi main game yg token2 tu. Well actually im not that interested with this things tapi sebab adik ajak main tgkp2 gambaq kat machine , ceq pun jadi interested lah. Jejoms ler kita pergi try bende tu. Daripada mencangak je kann ? Huhuhu ^^



Tadaaa . Itu hasilnya. Comel mcm korea kan ?

Okay dah perasan. Muntah pelangi cepat. Kbai.

Love,

Nadira Kushari.

Friday, July 12, 2013

Fashion Show Malam 100 Pengantin di N'dah Catering and Wedding Planner Shah Alam

Assalamualaikum. It has been 4 days tak update pasal event lepas. Within this 4 days, ada beberapa hutang post entry . hehe ^^ Ini ialah salah satu daripadanya . Alhamdulillah . I've been choosed as a runway model for this fashion show , beberapa hari sebelum puasa. Models organized by kak Azizah, Owner of ATA modelling agency .

Alhamdulillah rasa bersyukur, gembira , dan suka sebab diberi peluang untuk timba pengalaman bekerjasama dengan kak Azizah ni. Kalau korang nak tahu, a few years before, kak Azizah ni merupakan model dalam salah sebuah video klip Salem . Haaa. Hebat kan ? Bak kata orang korea , DAEBAK !

Let me share the story. What happen on that day .
First, syai datang lambat. By 4 PM nak kne ade kat sana and nak start makeup dah. Im planning to go paradigm mall. Small dating with him sebab nak cari kasut. Tak kesampaian pulak hajat den . Adik dia balik sekolah lambat pulak. Terpaksa den tunggu kat rumah lama gila. Mcm panas bontot dah tak boleh duduk diam kat rumah. Mak pun tanya banyak kali, mana lah syairazi tak smpai2 ni . Hehe.

Bila syairazi dh smpai, mmg dah tak sempat dah nak singgah paradigm pun. Dengan ktorang estimate smpai sana by 4, semua org dh start makeup, rupa2 nya semua orang pun tak makeup lagi. Phewww. Selamat. Ingatkan, aku lahh orang terakhir smpai sana. Oh ya , sebelum tu aku sempat menyinggah kat SACC MALL mencari kasut tinggi. Hahaha . Nampak tak bertapa multi tasking nye aku hari tu ? Bila dh smpai and  semua org tak start makeup lagi, aku pun tanye lah pekerja2 kat situ. Mana toilet ? Mana surau ? Haa. Syairazi dah bising sebab solat lambat. Sampai2 je terus solat. Ye lah, krorang dah lambat :( . Lepas habis solat tu, ktorang tengok ramai model dh kat meja makan . waaaahh . MAKAN ! feveret . Waktu keemasan, jangan dilepaskan. Hehehe ^^

Smpai2 je , tgk2 kue teow dah habis. Tak pe lah. Tak de rezeki. Nampak pulak ade cucur. Sambil kaut cucur dengan kuah , sambil sengih2 kambing kat meja makan. Cuba korang bayangkan muka aku mcm mana time tu . Ngehehehe ^^ Bila dah habis makan, begerak lah kami semua2 ke tempat yg sepatutnya. Tempat makeup kat nun hujung dewan tu. Lokasi yg strategik. Mengadap tingkap so masa makeup , MUA semua dapat lah sumber cahaya original , agar makeup pun nampak natural Haaa. Gittew . * aku ni acah2 MUA professional je . hahaa * EHHH ! Yang pasti , semua MUA makeupkan model meletop pomm pomm okay . I like (Y) .

Disebabkan model 50 orang, makeup artis ade tak smpai 10 orang, jadi kami pun decide untuk pergi keluar cari makan LAGI. hahaha . hoi hoi pembaca seantero dunia. Sila percaya aku makan banyak . Tolong lah percaya. Ini tak tipu punya. Hehehe ^^ . Ajak hatimanis, eh silap. Ajak Syairazi pergi SACC, cari pizza hut sbb lapaq ayam goreng. Tanpa ayam goreng, aku kelihatan tak bermaya, tak semangat dan tak seperti biasa . Haaa. Itu apa yg syairazi describe aku masa aku sengih2 kambing dlm kereta menghadap dia mintak ayam goreng kat pizza hut tuh. ekikiki .

Sesudah beli, kami pun balik lah , tgk2 ramai lagi yg tak makeup. Makanya, bermulalah sesi berkelah didalam kereta sambil mendengar lagu2 lama . Old School gittew. Sambil2 camwhore. Eh , nak tgk gambar ? Nah !




Lihatlah kegembiraan kami yang acah2 berkelah tepi pantai disapa angin aircond yang indah. *KONONNYA* hihihi ^^

Selesai makan, masuk lah tempat makeup tu. Ramai jugak yg tanya mana ktorang menghilang. Tak sedar pulak seronok berkelah dlm kereta pun memakan masa yang lama. Hahah. But yet, still kena menunggu lagi. Nasib tak lama . Smpai2 sana tu, turn aku lagi 3 orang . kira okay lah kann ? hehe ^^ So , pergi lah ringan2 kan mulut sembang2 ngn model lain. Aku ni tak boleh duduk sengap . Dok sengap kang sat g ada yang tidoq . Biasalah . Gendang gendut tali kecapi , kenyang perut suka hati . hehe ^^

Skip beberapa cerita. Lepas makeup terus naik atas tukaq baju. Then buat tudung. Nahh. Memang lumrah . Tukaq baju satu minit , belit2 tudung berjam2 . Hahha . nak belit sendiri tak pandai. Mintak la tolong kat orang2 dalam bilik persalinan tu tolong buat kan . Bestnya , tema kahwin . Tapi sebab tak sempat sangat, kita buat turban versi kahwin2 . Haaaa . So lepas ni korang boleh lah kahwin pakai turban ye . Nak tlg contohnyaa n? Hikhikhik . Gini ha turban kahwin2 ni :

Haa. Yang dipeluk itu , ialah kak makeup artis yang berbuka puasa lambat hari tu, sebab busy makeupkan model2 gojess yang kemain ramai ni. Aku pun sama, meramaikan majlis. Hihihi ^^ Tapi , bukan akk ni yg makeupkan aku utk malam tu . Hihi . Kak ati pernah makeupkan aku masa shooting dengan RTM dlu. Kat shah alam jugak . hehe ^^ Hasil makeup dia memang menawan . Menangis time nak tanggalkan makeup dia tu. Antara satu gambar yang menjadi kesuka ramai , yg merupakan hasil makeup dia ialah gambar ni :

Okay2. Back to fashion show. Kakak yg makeup kan aku ni, nama dia Qaseh Emy. Dia makeupkan aku, sumpah rasa awesome. Hehehe ^^ Haa. Makeupkan memainkan peranan penting dalam menaikkan confidence level kita. Hihihi. Thank you kak emy. For those yang nak tgk hasil makeup dia, boleh contact dia kat facebook ( *the only way I know how to contact her ) :

https://www.facebook.com/qaseh.emy

Dan untuk tempahan baju kahwin yang korang first time tengok je terus rasa nak kahwin, boleh ke facebook D'rozies Bridal dan blog mereka. Ada banyak gambar baju2 yg awesome lagi mantop dan menarik. Aku yg tengok ni pun rasa nak cari calon cepat2, apa tah lagi korang kan ? Hihihi ^^

Facebook : https://www.facebook.com/drozies.bridal
Blog : http://droziesbridal.blogspot.com/

Nak tgk gambar aku masa catwalk ? hikhik. Malu lah nak tunjuk kat ampa. Aku tak pro pun. Newbie je . hehehe ^^


Ada lagi, tapi dari sumber, owner Boutique tu sendiri . hehe ^^

Sejurus selepas berjalan kucing memperagakan baju awesome dari boutique D'rozies Bridal ni, kami kenalah jemput designer kami, bagi memperkenalkan designer baju ni di mata semua yang hadir dan juga mata kamera. hihihi ^^


Setelah turun dari pentas , terus kami diarahkan untuk keluar susur kiri terus ke meja makan. Hah ! MAKAN LAGI . Muehehehe .Betapa gembiranya aku. Duduk2 terus pegang sudu garfu smpai lupa baca bismillah. Hahha . Bila kena tegur, baru sedar, Ya Allah gelojohnya aku. Ish nadira ni. Ish ish ish. Lepas tu baru reti nak makan dengan sopan dan penuh santunnya. hihihi ^^

Dh habis makan, Sempat tgkp gmbar dengan owner bridal boutique, buat kenang2an gitu. Hihihi ^^
Alhamdulillah. Event went well and Im a happy girl . Sangat puas hati dan gembira, Balik pun hati bunga2, senyum pun smpai telinga. Sebab? Dapat banyak sangat aura kahwin malam tu. Hahaha :P

Alkisah, tamatlah hikayat malam 100 pengantin . Hehehe ^^ Terima kasih sebab sudi baca smpai ke penghujung rancangan, eh bukan. Penghujung cerita. hehehe ^^

Love you,

Nadira Kushari.