mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana
Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan
dipermudah segala urusan.
mak ayah saya nak kahwin.jangan
sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta
sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
mak
ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia
tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran,
orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak.
Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu
adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang
tersendiri.
mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang
maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia
melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.
mak ayah, saya nak
kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada
kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih
produktif.
mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia
sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami
isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar
suka-suka.
mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan
pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia
menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya
pula.
mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma,
tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat
menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.
mak
ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan.
Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula,
bagi meraih lebih banyak pengalaman.
mak ayah, saya nak kahwin.
Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada
dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu,
bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
mak
ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat
anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah,
bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan
dicari.
mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan
dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah
yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
mak ayah,
saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah
isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak
dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak
mak dan ayah ini, amin.
3 comments:
amboi, sabar jahh.. sabar .
ahaha :P
sabar ? mmg pun . sbb calon pun tak de lg .
so mmg aku kne sabar lah cite dea seman ! huhu
jodoj,rizki dan maut Allah yang mengatur
Post a Comment