=

Pages

Nuffnang

Saturday, April 7, 2012

Characteristic pengguna2 facebook alaf baru . hehehe

Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca..

Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tak tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya....

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna...
yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala tak baca pun isi cerita,
Yang penting like dia mesti ada...
Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil dah confirm laki / perempuan tu dia yang punya,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira...

Ada yang tulis suka suka,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua...

Tulah dia ''MUKA BUKU'' punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera... ( Iman ) 
 

Tuesday, April 3, 2012

Siapa nak bekerja dengan Dian Pelangi ? Come on gals . Grab this opportunity .

Assalamualaikum .
Just a few minutes ago , dian pelangi tweet pasal dia nak hire orang .
So siapa yang nak bekerja dengan dian pelangi ni ,
boleh la hantar resume ke alamat emel yang dia bagi tu .



For my friends from Indonesian tu ,
Boleh juga hantar resumenya :)
Moga2 tercapai impian mbaa yang ingin bekerjasama dengan dian pelangi .
Aku cuma bisa doakan kalian  dari jauh :)



Lots of love ,
Nadira Kushari

Monday, April 2, 2012

Mak , ayah , saya nak kahwin !





mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.







mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.










mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.











mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.



# Aku copy paste dari facebook je . hehe ^^ 
 

Shoot dengan international model memang perlu loadedkan kesabaran

Assalamualaikum wbt .
Okay2 . Waktu skang , 12:13 am . Waktu ni , semua org dalam umah dah tido .
Kucing aku pun tdo dah .
hehe .

Lets start the story bebeh !
Back to back . Eh silap . Back to topik .
Ingat senang jadi model ?
Aku bukan apa . Skang ni banyak gila org yg nak jadi model .
Semua ingat boleh jana wang pendapatan dengan jadi model .

Eh jemah , senah , limah , kak pah , kak nah , abg mail , abg leman , ampa ingat jadi model ni semua org boleh ke ? Ouhh , suka kamera sikit , dah nak jadi model . Reti bergaya sikit , dah claim boleh jd model . Ni apaaa ni ? Hampa tataw mcm mana susah aku nak panjat nak jadi model , ampa boleh dok wat senang ja .

Bebeh . Aku dlu start dari form 4 .
Masa tu skolah lagi . Aku start ngn karangkraf je . hee :D ouh okay fine fine .
Karangkraf tu dah cukup besar untuk satu permulaan . Eh biasa lah kawan . Rezeki setiap org kan masing2 .
Allah dah tulis rezeki ko masa ko dok dlm rahim mak ko lagi .
Oh then then aku tak nak habis kan story aku ni . Cukup smpai sini sbb aku ade satu cite hebad !
SEBENARNYA TAK LA HEBAD MANA ,
cuma saja buat teruk . Bahaha :P

Kan smlm aku ade shooting , old blossom box dengan fashion show kan ?
Well , aku sempat buat 2 je . Tak cukup kudrat nak buat semuanya dalam satu masa .
Hehe ^^
So i choose shooting ( ini wajib ) dan old blossom box .
Hehe ^^

Shooting smlm kat shah alam . Kat bee hives , Laman seri apa entah . Bhahha :P Smpai2 , tengok2 ada international model tengah makeup . Walaoo . Meletops you body dea . Meeoww . hehe :p
Then then , bosan sbb tunggu turn nak makeup lama sgt . Pergi lahh tgkp2 gmba dengan model2 lain kat situ . Hehe :P Shooting hari ni syokk (: Sbb dapat kawan baru LAGI <3 . yeehaa !

Meet clarrisa ! She's from , err err . entah ! Bhaha :P Eh eh ! Nk taw asal aku pendek kat sini ? Sbb aku pkai selipar n dea pkai high heels . Bhahahah :P Slow n steady je aku redah gy shooting pkai flipper . Ekikiki . Tudung aku pun tyme dtg ni , muslimah amat kan ? Hehe .

Lepass habis tgkp gmbar saje2 , kira mcm stretching lah kann , bhahah :P Next step ialah facial session . Habaq hang , lama gila ! Nak kena bubuh segala toner , masker , scrub , aigooo . Renyah ! Ini process saje makan masa bapa lama nak taw ? Dekat 2 jam gak ah . Nak tunggu mask kering , basuh muka balik , pkai mosturizer , basuh balik . ehh . Bape banyak kali daa ? Ouh ouh . Itu diaa segala product yang kami guna tadi . Blakang tu ? Baju sponsor dari sapa ntah . Lupa nama dea . hehe ^^



Lepas habis step tu , just tunggu turn untuk dimakeupkan . Bhahaha :P Sementara tunggu turn bape lama dah aen ? So pergi lah kat old blossom box . Tengok2 dia tutup . Hare btoii . Aku nak bara dah tadi . Tapi tak pa . Sabaq satt . Huhu . Dengan kecewanya masuk lah balik kat dalam tempat yg aku shooting tu . hehe . Bagi mendekkan cite , ni lah muka aku after effect . Eh silap . After makeup oleh kak Rozita . Nahh ! Bukan rozita che wan okayhh ? Ola Rozita taww . Consultant product Mary Kay .


Memula aku tgk , aku tak puas hati . Ye lahh , tak pernah cuba product tu kan . Siyes weyhh sumpah ! Ni first time muka aku kena sentuh dengan Mary Kay . So muka aku kat cermin nampak gelap . So ak pun redha je lahh . Shooting mcm biasa . Tanpa ada sebarang tidak puas hati mcm international model tu . Last2 kak misha ajak aku balik . Bila balik , ak tgk cermin ,mashaAllah . Sangat lawa makeup marykay ! and aku suka ! SIYES aku suka . Makeup yg smooth , masa sapu foundation tu tak sakit pun muka . And btw , bawah mata aku pernah bengkak cause by allergic of something and i think it was mascara fault . bhahaha :P Mase MUA makeup kan bawah mata aku , aku tak mention pun yg mata aku pernah bengkak . Just diam je . Last2 , habis jugak dia kerjakan mata aku . And aku cakap , sumpah tak pedih langsung ! Aku suka !


Sblm tanggalkan makeup , sempat lah aku snap gmba ni . bhahaha :P
Thanks to MUA , kak ola rozita (:

#tak mahu cite pasal international model lagi . tnggu next post baru nak sentuh pasal international model (:
#gmbar shooting smlm tak dpt lagi dri photographer . nnti dah dpt aku up okay ? daa !

Sunday, April 1, 2012

Photoshoot , event dan fashion show for today .

Assalamualaikum wbt
Di pagi  yang indah ini , oh ha ! Its was 1st april man !
Smlm aku kena APRIL FOOL !
Bodoh betul .
Mcm ni , membe aku BBM aku ,
kata membe kitorang eksiden kat Mutiara Damansara .
Aku pun kalah la beruk yangberanak punya terkejut .
Bagai soalan aku tanye .
Aku mmg niat nak gerak pergi tempat kejadian sbb aku pun mlm smlm bertapak kat one utama tu smpai shopping mall tu tutup .
Bila aku suarakan niat aku nak pergi tgk membe aku kat tempat kejadian ,
nahh !
Baru dia gelabah . Ekikiki .
Last2 dia kata itu cma April Fool .
Haram jadah . Terkena aku . Tapi tak pe . Aku puas hati dapat kena kan dia balik . Hehe :p

Oh haa !
My APRIL activities are FULL bebeh !
Today , FULL !
Should be pagi ini aku sudah berada di tempat photoshoot .
Bhahha ^^
Inidetails photoshootnye . Hehe :)

Sumpah rase macam poyo gila sbb terpilih as 30 "JELITAWAN" by kak rozita . Alhamdulillah . Walaupon tak jelita , aku dipilih jugak . Hehe ^^ Untuk shoot kali ni , tak de call time so boleh datang pukul bape2 pun janji hari ni . TEMA ? PINK ! Okay yang ni aku FAIL ! Celah mana nak cekaw baju pink ? Dalam umah ni tak de baju pink selain baju adik2 aku yang 5-6 tahun tu . Aigoo .

Next event plak , ade event wondermilk kat uptown damansara . Invited by Tengku Noraishah . Wehoo . Thanks sayang . Yang menarik kat event ni , akan dapat cupcake free ! For eat-in only beb . Tak leyh bawak balik . Ullorghh serr ! Tapi tak pe . Ape gunenye bawak beg besar2 kalau tak seludup cupcake comel2 masuk dlm handbag ? Hehehe :P
Nahh ! Advert tak lawa sangat kann ? Tapi apa yang mampu menarik aku ke sini , ialah OLD BLOSSOM ! Hehe ^^ Butik ni bukak booth hari ni . Kat event ni lahh . Ohhmaii . Tak yah cakap ahh muslimah fashion2 ladies out there ! This shop is one of their fav icon kut . Dengan owner yang sumpah style ! Butik terletak di shah alam . Aku pernah smpai okay ! Mmg awesome :)

NAH ! tengok je dah tertarik kan ? ade lagi ade lagi ! Wehoo <3


Lepas pergi event ni , kena run pergi fashion show pulak . Sbb dah janji ngn kak Catriona Ross nak dtg . Dia pun semangat bgtaw suruh datang pergi amik tiket bagai . Waahh ! Badan aku memang boleh kerat 3 kak ! Hehe :P


Ramai pereka fesyen tempatan yang terlibat seperti Tom Abang Saufi, Zleqha, Hajaba, SeriKapas, Ammara Hijabi dan ramai lagi. Dian Pelangi juga ada sebagai pereke fesyen jemputan dan Hana Tajima dijadualkan hadir pada hari Sabtu(31st March). Pada hari Ahad ramai selibriti yang terlibat seperti Diana Amir, Azizah Ariffin dan ramai lagi. Dihoskan oleh Iqram Dinzly bersama Catriana Ross.

Hmm . so now i was think to devide myself into 3 . Photoshoot , Event , and Fashion show . Eh boleh tak aku duplicate diri aku mcm dlm cite matrix reloaded tu ? Wahhh ! Kan bagus kalo Malaysia boleh cipta teknologi secanggih tu . Huhu . dah2 . Itu je kut ? Gmbar2 aku hari ni , later aku up ! hehe <3

Assalamualaikum . Ilalliqa' .


MasyaAllah , berkulat dah blog aku =.='

Assalamualaikum .
Maaf ya ibu2 bapak2 .
Lama betul aku enggak updatenya .
*aku kalo bab merosakkan bahasa orang memang no 1*
#THUMBS UP BABA NYONYA ! wehoo .

Tak pe tak pe .
Actually aku malas nak tulis panjang2 .
So , aku suka gmba yg cerita .
Tapi , nak bet berapa yang aku akan cerita kat setiap bawah gmbar tu ? bahahaha :P






# Ni selipar anak gajah ! Aku sukaa <3 haha ^^ .
Sebab anak gajah ni comel . Nak wat acane . Okay2 . Taw lah benda ni dah lama tapi aku baru suka kat anak gajah ni , so aku beli lah . bhahaha :P Why hitam ? Sbb senang nak matching ngn kaler baju , tudung , seluar . Eh eh senah ! Kau ingat aku pkai satu kaler je ke ? Aku suka main kaler blok taw . Ape org kampung kate ? Kaler warna warni ? Ha mcm tu lah lebih kurang jah oi . So nak selamat , amik hitam . Hehe ^^









 # Aku rindu anak aku . Yang coklat2 kelabu tu . Nama dia Kimora . Dia ni stray cats je . Diselamatkan sbb DBKL nak bunuh kucing on that day . Dia cantik . Bulu kembang , manja , gedik , eee . geram mak ngah ! MEEOOWWW :p
Skang ni bagi kucing ni kat mak cik . Ada lah sebab2 tertentu yang tak boleh nak mensi kat sini . Hehe . Dah bape banyak kali dah mimpi kimora ni . Rindu angat2 taw tak ? Hmm .








# Tengok cite ni ngn enot , aben , aku , n naz . Best habaq hang ! Kami balik siap download lagi . bhahaha :P Dah ah hero hensem2 , kasi CAYAQQ mia lah ! haha :P




Rasanya itu saja ntuk malam ni . Esok aku nak belagak tran tang tang dengan korang pasal studio shoot yang bisa kasi roboh studionya di kolej aku . hehe ^^

Jumpa lagi bebeh !
Assalamualaikum.