=

Pages

Nuffnang

Monday, May 26, 2014

Review : Filem Animasi 3D, Legends of Oz : Dorothy’s Return Di Pawagam Malaysia 5 Jun 2014



Filem Animasi 3D, Legends of Oz : Dorothy’s Return Di Pawagam Malaysia 5 Jun 2014



Petaling Jaya, 14 Mei 2014 : Summertime Entertainment mempersembahkan Legends of Oz : Dorothy’s Return, sebuah filem muzikal animasi 3D yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2014. Filem animasi bergenre muzikal ini menampilkan suara pelakon-pelakon terkenal seperti Lea Michele, Martin Short, Dan Aykroyd, Jim Belushi dan Kelsey Grammer.

Skrip filem yang dihasilkan oleh Adam Balsam dan Randi Barnes diinspirasi berdasarkan buku “The Wonderful Wizard of Oz” karya L.Frank Baum dan buku bersiri “Dorothy of Oz” yang ditulis oleh cicitnya sendiri, Roger Stanton Baum dan ia merupakan kesinambungan daripada cerita dongeng yang paling popular dan digemari di dunia. Filem ini mengisahkan Dorothy (Michele) yang kembali untuk sebuah lagi pengembaraan yang mencabar. Setelah sedar dari kejadian ribut taufan di Kansas, Dorothy dan Toto telah dibawa semula ke bumi Oz melalui pelangi ajaib yang telah diutuskan oleh rakan-rakan lama mereka  iaitu Scarecrow (Dan Aykroyd), Tin Man (Kelsey Grammer),  dan Cowardly Lion (Jim Belushi).

Antara watak baru yang diperkenalkan dalam filem berbahasa Inggeris ini ialah Jester (Martin Short), Wiser the Owl (Oliver Platt), China Princess (Megan Hilty), Marshal Mallow (Hugh Dancy) dan Tugg (Patrick Stewart).

Legends of Oz : Dorothy’s Return diterajui oleh dua orang pengarah berpengalaman iaitu Daniel St. Pierre dan Will Finn. Sebelum ini, Daniel St. Pierre dikenali  sebagai pengarah,  pereka produksi dan pengarah seni melalui beberapa filem animasi popular seperti The Lion King, Shark Tale dan Tarzan. Will Finn pula cukup terkenal dengan karya filem animasi klasik seperti Aladdin, Beauty and the Beast dan The Little Mermaid. Gandingan dua pengarah hebat ini menjadikan filem Legends of Oz : Dorothy’s Return bertambah mantap dan menarik lagi.

Pengasas Summertime Entertainment, Roland Carroll dan Ryan Carroll menerbitkan filem animasi ini bersama penerbit veteran, Bonne Radforld.  Menurut Radford : “Kami membawa bumi Oz kepada generasi baru di samping memelihara dan menghormati hati dan jiwa bumi Oz yang kita semua tahu dan cintai. Dan dengan aspek muzik ia adalah satu bahagian penting daripada dunia itu.”

Bajet keseluruhan bagi menerbitkan filem animasi ini telah menelan belanja sebanyak USD 70 juta dolar (RM226 juta) dan pasti hasil kualitinya menjanjikan pengalaman menyeronokkan buat para penonton. Bagi tayangan di Malaysia, filem animasi ini diedarkan oleh Senspec Publishing Sdn Bhd dan dijangka lebih 50 buah pawagam seluruh Malaysia bakal menayangkan Legends of Oz : Dorothy’s Return.
Mr Marshmallow, Dorothy dengan Wiser gemok. Comel to the max!
Haaa! As you can read in the press release  tadi, amacam? Tak sabar kan? Hihi . I've watch this movie dan dyra bagi 4 bintang! Wefoo. Animasi best . Jalan cerita best. Kalau nak tahu, cerita ni lebih kurang alice in wonderland, tapi dalam alice in wonderland, dorang punya animasi tu over sangat. Ye dokk? Dalam Legend of Oz : Dorothy's Return ni, Dorothy ni ialah jelmaan alice in wonderland. Hihi.
Jester, Tin Man, Lion dengan Scarecrow. 



For those movie addictor, boleh perasan yang dalam movie ni, ade jugak scene macam dalam cerita Narnia. Hihi. For me, this movie sesuai untuk semua peringkat umur. Utk kids, dorang mesti akan enjoy tengok kartun2 ni. Ade scene nyanyi2, nak-nak lagi, marshmallow hensem gila. Hihi. Ade chocolate land. Also there's a part yang mana princess of china tu pecah berderai, sebab jatuh, pastu mr marshmallow sedih. Nangis-nangis. Kita yang tengok ni pun sebak. Nak nangis tapi mcm over pulak. Tapi memang cerita ni sampai lah ke jiwa.


Part paling sakit hati, orang jahat ( Jester) kurung Glinda yang cantik :( Pastu buat dorang jadi mcm puppet. Tawu puppet? Kalau tak tahu, nantikan filem di pawagam. Hihi ^^


 Memang menyeronokkan filem ni. As what I rate this film just now, I give this film 4 STAR. wefoo ^^ 


Antara yang menjayakan filem ni tak lain tak bukan, mereka yang sudi menyumbangkan suara utk filem ni. Bukan sumbang suara utk watak dan jalan cerita je, tapi boleh menyanyi jugak. Haaa. Nak tahu siapa yang sebenarnya di sebalik watak-watak penting dalam Legend of Oz : Dorothy's Return? 



WATAK                                     ALIH SUARA OLEH
Dorothy                                   : Lea Michele
The Scarecrow                         : Dan Aykroyd
Tin Man                                   : Kelsey Grammer
The Cowardly Lion                 : Jim Belushi
China Princess                         : Megan Hilty
Marshal Mallow                      : Hugh Dancy
Wiser the Owl                         : Oliver Platt
The Jester                                : Martin Short
Tugg                                        : Patrick Stewart
Glinda the Good Witch           : Bernadette Peters
Munchkin Suitor                     : Tom Kenny
Judge Jawbreaker                    : Brian Blessed
Fruit Stripe Lawyer                 : Douglas Hodge

Dah tahu sinopsis cerita ni? Tak tahu lagi? Tak dapat tangkap lagi hint-hint yang dyra share kat atas tadi? Hmm. Tak pe lah. Sebab sayangkan korang, dyra belanja sinopsis cerita ni okay? Baca elok-elok taw. ^^ 

Sinopsis Legends of Oz : Dorothy’s Return
Dorothy yang cute ^^
Masih segar di ingatan Dorothy tentang pengembaraan yang menakjubkan ke bumi Oz. Namun, kini dia kembali untuk sebuah lagi pengembaraan yang mencabar! Setelah sedar dari kejadian ribut taufan di Kansas, Dorothy (Lea Michele) dan Toto telah dibawa semula ke bumi Oz melalui pelangi ajaib yang telah diutuskan oleh rakan-rakan lama mereka iaitu Scarecrow (Dan Aykroyd), the Lion (Jim Belushi) and the Tin Man (Kelsey Grammer). Putaran masa dibumi Oz jauh lebih pantas berbanding Kansas sehingga Dorothy menyedari Jester (Martin Short) – abang kepada Wicked Witch of the West yang penuh tipu muslihat – telah menawan bumi Oz daerah demi daerah. Jester telah menangkap setiap ketua kawasan dan meninggalkan daerah tersebut di dalam sumpahan kegelapan. Glinda (Bernadette Peters) tidak mampu untuk menentang kuasa jahat Jester maka Dorothy adalah pengharapan mereka yang terakhir.
Toto yang menawan hati dengan aksi comel dia ^^
Setibanya Dorothy di bumi Oz, dia telah mengatur strategi untuk ke Emerald City dan berjumpa kembali dengan rakan-rakan lamanya seperti Wiser the Owl (Oliver Platt), Marshal Mallow (Hugh Dancy), China Princess (Megan Hilty) dan Tugg The Tugboat (Patrick Stewart) sekaligus bergabung kekuatan dan kuasa untuk menentang kejahatan Jester. Walaubagaimanapun, ia tidak semudah yang disangkakan. Jester amat licik di dalam memerangkap kemaraan Dorothy.
Sungguhpun Dorothy berasa amat bertuah dan bersyukur kerana mempunyai ramai kenalan yang membantu dan menyokongnya, sesuatu yang terlintas di fikirannya ialah ia turut membahayakan nyawa rakan-rakannya juga. Jadi, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan bersendirian. Demi mempertahankan bumi Oz, Dorothy dengan penuh keberanian dan keazaman bersama rakan-rakannya menentang kejahatan Jester dan mengembalikan keamanan semula kepada Emerald City.

Okay . So dah paham jalan ceritanya? So 5th of June nanti terus pergi mana2 wayang yang terdekat, boleh la tengok cerita ni okayy ? Jangan terlepas pulak. Hihi ^^ Okay lah uolls, jumpa nanti!

 Xoxo,

Nadira  Kushari



No comments: