=

Pages

Nuffnang

Tuesday, July 16, 2013

Perfume Review Mini Me SHINEE ( Minho - Ms. Bloom ) By Etude House



Assalamualaikum. Hari ni nak review sikit tentang perfume Mini Me SHINEE dari Etude House ni . Dyra dah dapat perfume ni yang di post khas dari korea sejak dua hari lepas .
Ye . Di pos khas dari korea taw . Ya Allah . Seriously terharu sangat sebab dorang(*kwn dyra) nak minta dyra buat review pasal perfume ni.

Okay first  step ialah unboxing package lah kan ? Hihi . Then bila dh bukak box tu, subhanallah comelnya perfume ni . Tak pernah tgk pun perfume secomel ni . *melting *

Okay dyra mengaku dyra tak minat artis korea. Tahu2 mcm tu je lah sikit2 .hihi ^^ Tapi yang ni, perfume dari group SHINEE. Kakak and adik dyra sgt sukakan korea so mereka sangat happy bila tgk barang ni smpai dari korea. Im a happy person too :)

This is front view

This is back view :)
And yes . Nak tgk perfume yg comel gila tu ? Here here !

Mini Me SHINEE Minho - Ms Bloom
And korang nampak tak queen punya tiara tu ? Tiara tu boleh ditanggalkan dan boleh cucuk kat handphone . Kira ni mcm accesories/ freegift gitu :) 


See ? Dyra cucuk kat blackberry dyra. Cucuk kat mana? Alaa . Kat tempat yg kita cucuk earphone tu. Kat situ je :) Jangan pergi cucuk kat tempat charger pulak dah la ye . hihihi ^^

And baru sekejap tadi dyra search kat facebook Etude House Malaysia, rupanya perfume ni tak keluar kat Malaysia lagi . Tapi dah official mengatakan perfume ni akan masuk Malaysia tak lama lagi . Sabar ye peminat2 perfume ni semua . Dyra dah merasa pakai perfume ni dulu . Yeehaa * Sila jeles *

Ni bukti yg mengatakan perfume ni tak masuk malaysia lagi . Hehe. Sila tengok tarikh ye :



Perfume ni bau dia sweet sgt. Sesuai untuk gegirls mcm kita2 ni . Cewaahh :) And kalau korang nak tahu, untuk perfume dyra suka kaji, apa ingredient perfume tu . And for this lovely perfume :

Top : Lemon, Green, Peach, Apricot
Middle : Geranium, Jasmine, Tuberose, Magnolia
Bottom : Cedarwood, Sandalwood, Vanilla

So korang mesti dah boleh agak kan bau vanilla mcm mana ? Tak kuat sgt mcm perfume lelaki. Hehe ^^  And the good thing is, kalau kita spray kat baju, mmg tahan lama. Balik kerja pun bau dia still melekat lagi. Nak basuh pun sayang . Hehe :D . Kalau korang nak tahu size perfume ni kalau dipegang besar mana , ni ha . Dyra tgkp gmbar pegang botol perfume ni taw. Curlass kan ? Hihi ^^


 Haaa ! Pasal harga, jangan tanya dyra. Kita tunggu jelah announcement yang akan keluar di page


Till me meet next time darlings .

Love,

Nadira Kushari.

Saturday, July 13, 2013

Photobooth awesome session with le sisters

Assalamualaikum. Tonight nak update activity outing family ktorang.
Hihihi. Before puasa hari tu, we celebrate our last lunch sebelum one month fasting.
Our family pergi breakfast kat ikea at first. Then , mak abah pergi tesco,
while me and my sisters pergi merendek lah . Ape lagi . Hahha .
Sebenarnya ktorang tak tahu nak buat apa .
Memula kata nak karok. Tak smpai hati pulak sebab duit tak de .
Pastu nak pergi main bowling pulak . Aku tak mahu . Adik pun tak mahu .
Along je nak sorang2 . Padahal ktorang dh smpai level kat tempat bowling tu dah.

Bila dah decide tak nak main bowling dan tak nak karok , along ajak pergi main game yg token2 tu. Well actually im not that interested with this things tapi sebab adik ajak main tgkp2 gambaq kat machine , ceq pun jadi interested lah. Jejoms ler kita pergi try bende tu. Daripada mencangak je kann ? Huhuhu ^^



Tadaaa . Itu hasilnya. Comel mcm korea kan ?

Okay dah perasan. Muntah pelangi cepat. Kbai.

Love,

Nadira Kushari.

Friday, July 12, 2013

Fashion Show Malam 100 Pengantin di N'dah Catering and Wedding Planner Shah Alam

Assalamualaikum. It has been 4 days tak update pasal event lepas. Within this 4 days, ada beberapa hutang post entry . hehe ^^ Ini ialah salah satu daripadanya . Alhamdulillah . I've been choosed as a runway model for this fashion show , beberapa hari sebelum puasa. Models organized by kak Azizah, Owner of ATA modelling agency .

Alhamdulillah rasa bersyukur, gembira , dan suka sebab diberi peluang untuk timba pengalaman bekerjasama dengan kak Azizah ni. Kalau korang nak tahu, a few years before, kak Azizah ni merupakan model dalam salah sebuah video klip Salem . Haaa. Hebat kan ? Bak kata orang korea , DAEBAK !

Let me share the story. What happen on that day .
First, syai datang lambat. By 4 PM nak kne ade kat sana and nak start makeup dah. Im planning to go paradigm mall. Small dating with him sebab nak cari kasut. Tak kesampaian pulak hajat den . Adik dia balik sekolah lambat pulak. Terpaksa den tunggu kat rumah lama gila. Mcm panas bontot dah tak boleh duduk diam kat rumah. Mak pun tanya banyak kali, mana lah syairazi tak smpai2 ni . Hehe.

Bila syairazi dh smpai, mmg dah tak sempat dah nak singgah paradigm pun. Dengan ktorang estimate smpai sana by 4, semua org dh start makeup, rupa2 nya semua orang pun tak makeup lagi. Phewww. Selamat. Ingatkan, aku lahh orang terakhir smpai sana. Oh ya , sebelum tu aku sempat menyinggah kat SACC MALL mencari kasut tinggi. Hahaha . Nampak tak bertapa multi tasking nye aku hari tu ? Bila dh smpai and  semua org tak start makeup lagi, aku pun tanye lah pekerja2 kat situ. Mana toilet ? Mana surau ? Haa. Syairazi dah bising sebab solat lambat. Sampai2 je terus solat. Ye lah, krorang dah lambat :( . Lepas habis solat tu, ktorang tengok ramai model dh kat meja makan . waaaahh . MAKAN ! feveret . Waktu keemasan, jangan dilepaskan. Hehehe ^^

Smpai2 je , tgk2 kue teow dah habis. Tak pe lah. Tak de rezeki. Nampak pulak ade cucur. Sambil kaut cucur dengan kuah , sambil sengih2 kambing kat meja makan. Cuba korang bayangkan muka aku mcm mana time tu . Ngehehehe ^^ Bila dah habis makan, begerak lah kami semua2 ke tempat yg sepatutnya. Tempat makeup kat nun hujung dewan tu. Lokasi yg strategik. Mengadap tingkap so masa makeup , MUA semua dapat lah sumber cahaya original , agar makeup pun nampak natural Haaa. Gittew . * aku ni acah2 MUA professional je . hahaa * EHHH ! Yang pasti , semua MUA makeupkan model meletop pomm pomm okay . I like (Y) .

Disebabkan model 50 orang, makeup artis ade tak smpai 10 orang, jadi kami pun decide untuk pergi keluar cari makan LAGI. hahaha . hoi hoi pembaca seantero dunia. Sila percaya aku makan banyak . Tolong lah percaya. Ini tak tipu punya. Hehehe ^^ . Ajak hatimanis, eh silap. Ajak Syairazi pergi SACC, cari pizza hut sbb lapaq ayam goreng. Tanpa ayam goreng, aku kelihatan tak bermaya, tak semangat dan tak seperti biasa . Haaa. Itu apa yg syairazi describe aku masa aku sengih2 kambing dlm kereta menghadap dia mintak ayam goreng kat pizza hut tuh. ekikiki .

Sesudah beli, kami pun balik lah , tgk2 ramai lagi yg tak makeup. Makanya, bermulalah sesi berkelah didalam kereta sambil mendengar lagu2 lama . Old School gittew. Sambil2 camwhore. Eh , nak tgk gambar ? Nah !




Lihatlah kegembiraan kami yang acah2 berkelah tepi pantai disapa angin aircond yang indah. *KONONNYA* hihihi ^^

Selesai makan, masuk lah tempat makeup tu. Ramai jugak yg tanya mana ktorang menghilang. Tak sedar pulak seronok berkelah dlm kereta pun memakan masa yang lama. Hahah. But yet, still kena menunggu lagi. Nasib tak lama . Smpai2 sana tu, turn aku lagi 3 orang . kira okay lah kann ? hehe ^^ So , pergi lah ringan2 kan mulut sembang2 ngn model lain. Aku ni tak boleh duduk sengap . Dok sengap kang sat g ada yang tidoq . Biasalah . Gendang gendut tali kecapi , kenyang perut suka hati . hehe ^^

Skip beberapa cerita. Lepas makeup terus naik atas tukaq baju. Then buat tudung. Nahh. Memang lumrah . Tukaq baju satu minit , belit2 tudung berjam2 . Hahha . nak belit sendiri tak pandai. Mintak la tolong kat orang2 dalam bilik persalinan tu tolong buat kan . Bestnya , tema kahwin . Tapi sebab tak sempat sangat, kita buat turban versi kahwin2 . Haaaa . So lepas ni korang boleh lah kahwin pakai turban ye . Nak tlg contohnyaa n? Hikhikhik . Gini ha turban kahwin2 ni :

Haa. Yang dipeluk itu , ialah kak makeup artis yang berbuka puasa lambat hari tu, sebab busy makeupkan model2 gojess yang kemain ramai ni. Aku pun sama, meramaikan majlis. Hihihi ^^ Tapi , bukan akk ni yg makeupkan aku utk malam tu . Hihi . Kak ati pernah makeupkan aku masa shooting dengan RTM dlu. Kat shah alam jugak . hehe ^^ Hasil makeup dia memang menawan . Menangis time nak tanggalkan makeup dia tu. Antara satu gambar yang menjadi kesuka ramai , yg merupakan hasil makeup dia ialah gambar ni :

Okay2. Back to fashion show. Kakak yg makeup kan aku ni, nama dia Qaseh Emy. Dia makeupkan aku, sumpah rasa awesome. Hehehe ^^ Haa. Makeupkan memainkan peranan penting dalam menaikkan confidence level kita. Hihihi. Thank you kak emy. For those yang nak tgk hasil makeup dia, boleh contact dia kat facebook ( *the only way I know how to contact her ) :

https://www.facebook.com/qaseh.emy

Dan untuk tempahan baju kahwin yang korang first time tengok je terus rasa nak kahwin, boleh ke facebook D'rozies Bridal dan blog mereka. Ada banyak gambar baju2 yg awesome lagi mantop dan menarik. Aku yg tengok ni pun rasa nak cari calon cepat2, apa tah lagi korang kan ? Hihihi ^^

Facebook : https://www.facebook.com/drozies.bridal
Blog : http://droziesbridal.blogspot.com/

Nak tgk gambar aku masa catwalk ? hikhik. Malu lah nak tunjuk kat ampa. Aku tak pro pun. Newbie je . hehehe ^^


Ada lagi, tapi dari sumber, owner Boutique tu sendiri . hehe ^^

Sejurus selepas berjalan kucing memperagakan baju awesome dari boutique D'rozies Bridal ni, kami kenalah jemput designer kami, bagi memperkenalkan designer baju ni di mata semua yang hadir dan juga mata kamera. hihihi ^^


Setelah turun dari pentas , terus kami diarahkan untuk keluar susur kiri terus ke meja makan. Hah ! MAKAN LAGI . Muehehehe .Betapa gembiranya aku. Duduk2 terus pegang sudu garfu smpai lupa baca bismillah. Hahha . Bila kena tegur, baru sedar, Ya Allah gelojohnya aku. Ish nadira ni. Ish ish ish. Lepas tu baru reti nak makan dengan sopan dan penuh santunnya. hihihi ^^

Dh habis makan, Sempat tgkp gmbar dengan owner bridal boutique, buat kenang2an gitu. Hihihi ^^
Alhamdulillah. Event went well and Im a happy girl . Sangat puas hati dan gembira, Balik pun hati bunga2, senyum pun smpai telinga. Sebab? Dapat banyak sangat aura kahwin malam tu. Hahaha :P

Alkisah, tamatlah hikayat malam 100 pengantin . Hehehe ^^ Terima kasih sebab sudi baca smpai ke penghujung rancangan, eh bukan. Penghujung cerita. hehehe ^^

Love you,

Nadira Kushari.







Thursday, July 4, 2013

Sesi fitting baju dengan fashion designer terkenal, Ezuwan Ismail dan jenama jubah terkenal , Dubai Jubah Souq

Alhamdulillah.
I feel very blessed.
Bukan apa, while we are trying to get or to achieve our dream,
mesti ada dugaan, rintangan, menangis, kecewa,
ditikam dan sebagainya.

Alhamdulillah.
Today is the first day I start my life back as a catwalk model.
Dah lama since bulan berapa hari tu tak catwalk.
Badan dan paha pun mcm dh kembang sikit.
Miahaha :P
But im gonna try to fix it. Im gonna make  it like they used to. Small and sexy.
Awwww . Gittew.  Hahhaha :P

First thing first, mintak restu ngn mak , ckp nak pergi KL.
tapi tak cakap nak buat apa. Hahaha :P
Maka nye, gambar pertama ialah gambar muka.
Kita harus tunjukkan bahawa, EYEBAG SAYA SEBESAR SHOPPING BAG.
hoyehh bebeh. Hahaha ^^

Then kemudian, baru perasan pasal kasut. I really love this shoe. Ala2 korean gittew.
Harga ? Murah seriously murah. Dalam rm 25 gitew je . Beli kat mana ? Ouhh bukan mana2 kedai online. tapi, UPTOWN KOTA DAMANSARA je. Hihihi. Hoi , ingat org kota damansara tak beli barang kat uptown ke ? Cerita nya pasal kasut ni, Im very sad sebab kasut ni dah nak terkopak, jadi mcm buaya. huwaaa.. sedihh . cuba tengok yang depan tu. Ade nampak kan gaya-gaya mcm nak terkopak dah ?


Lawa kan? Huhu ^^ Kemudiannya , terus ke JUBAH SOUQ . Fitting baju butik pertama untuk Fashion show yang akan diadakan di Shangrila Hotel, Putrajaya. Try punya try, alhamdulillah fit lah dengan 3 pasang baju jubah yang awesome lagi menangis tengok wehhh . One of them is this one, hehe ^^ Maaf lah kerana muka itu. Muka tak sedia nak tangkap gambaq .Kuikui

Nampak tak jubah awesome kat blakang tu ? Haaa. Semua jubah kat sini awesome2 betei ! Mari lah membeli ye . Harga mmg sepadan sgt dengan design jubah yg exclusive tu. Mmg siapa yg pakai tu, kau one in a million lah. Wehee ^^

To be one in the million, boleh tengok collection depa kat sini :

https://www.facebook.com/jubahsouq

Setelah selesainye fitting di jubah souq, ktorang gerak ke showroom celebrity fashion designer, Ezuwan Ismail Kuala Lumpur. Because of shikin, kak miza and me sampai awalm so kitorang pilihlah dulu nak pakai yang mana. Pilih punya pilih, dapat lah dua helai . Okay kali ni punya design, memang nangis jugak ! Lawa weyhh. Ko tengok je rasa nak beli. Itu belum pakai. Rasa tak nak tanggal weyh. Selesa gila . Dengan memenuhi citarasa , IM TOTALY IN LOVE ^^.

Awesome design kan ? Nak tahu baju ni pernah dipakai oleh siapa ? Look down here !
Its Tasha Shila woihh ! Perghh . Menangis kan tengok koleksi lebaran EIKL ni ? Apa lagi ? Cepat search facebook dia untuk tengok , cuci mata , kalau ada yang berkenan , boleh lah beli , dan ada yg nak kahwin ke apa , boleh lah tempah . Design mmg superb terbaik wokk ! Tak caya ?

Lawa tak ingat kann ? Aku mmg dah rasa mcm nak kahwin je bila tgk baju ni. huhu . Design dan patung ni , terletak di depan pintu rumah EI ni. Hahaha. Memang siapa yang nak kahwin tu, boleh contact EIKL kat sini :

https://www.facebook.com/EzuwanIsmailKualaLumpureikl

Sebelum balik , sempat snap gambar suasana. EIKL ada customer tadi. Bakal pengantin yang nak tempah baju kahwin dorang. Huhu ^^


Love,

Nadira Kushari.

Review Shisheido Mask : Korean Beauty Product

Selamat malam ye anak-anak sekalian.
Hehehe ^^
Malam ni nak review pasal mask yg aku dapat FREE . Semua mask ni aku dapat FREE :)
Alhamdulillah rezeki.

Antara brand yang sponsor mask dorang kat aku ialah :

- Etude House
-Touch in SOL
-Tony Moly
-Shisheido
-The face shop
-The SEAM

So for the first time ever aku pakai mask, aku try lah shisheido dulu. Dan menarik nya, aku ajak adik aku skali main zorro2 ni . hehe ^^ . Kami berdua pun mengadap lah depan cermin saat 11.30 tadi . Tempek punya tempek , dari Nadira Kushari dan Syika Kushari, bertukar lah kami menjadi Dayang Senandung kuasa dua. Hahaha :P

Kami cuma pakai for 15 minutes je . Then paling lawaknye kat sini, adik nak tanggalkan dulu mask ni, so dia tanya lah aku mcm mana . With my high confidence level, suruh la dia basuh dengan air. Dia pun pergi lah basuh. While me, Im taking off this mask late 15 minutes from my lil sis. Masa nk tanggalkan mask ni, terpikir cara PEEL OFF . Try lah . Sekali boleh. Hahaha. Bangga betei aku pandai peel off mask . Rupanya mcm tu cara nak tanggalkan mask . Jakun gila ktorang tadi. Almaklumlah . Tak pernah pakai mask . hehe ^^ Tapi result dia memang best ! Rasa lembut je muka . Selembut kulit bayi . Haaa. Gittew . Ekikiki . Esok nak try mask lain pulak . Haha ^^

Sebelum tidur, sempat lah kitorang main LINE dulu. Padahal adik beradik dan duduk satu rumah je . Depan-depan pulak tu. Tapi communicate dengan LINE. ahhh ahh ! tapi ! Cara communicate ktorang mcm comel-comel gitu . hahaha :P


 Sekian . Hahaha .

Love,

Nadira Kushari.