RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -
1.Nombor Kecemasan
... Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah
112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk
semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor
kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus
didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).
2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda
ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk
mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,
telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system
penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang
berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian
pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari
kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah
menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan
dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak
terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus
kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk
anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk
menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan
sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah
mencubanya.
3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin
ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh
digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk
menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda
sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan
penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia
didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci
*3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri
sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda
mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)
4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia
tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di
telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon
bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap
telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat
selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat
servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.
Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan
sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya
telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit
tersebut. ~mori
No comments:
Post a Comment