Ke hadapan awak, bf ku yang tercinta..
saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal.
Kesian awak kan.. Then, baru la saya
sedar, awak buat semua tu ada sebab..
1- Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak
biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya
saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya
dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak
pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih
awak..
2- Awak selalu tanya saya, “awak sayang saya tak?” huhh. Bosan la soalan
tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya, “awak, nak pergi
paris tak?” takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab
awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak..
3- Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya..
ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye
saya kat awak bila awak cakap pasal kawan awak yang ‘cun’ tu. Tapi
akhirnya saya tau.. awak selalu cerita pasal saya kat diorang kan?
Terima kasih awak..
4- Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul
saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2
awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau,
awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak,
tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu
kan. Terima kasih awak..
5- Saya mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin.
Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masing
betul dia ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam
untuk dia. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya
sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan
duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak..
6- Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri
awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal je rasa dapat bf yang macam
ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru nak reply. bila saya
online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke
tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa
bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak..
7- Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan.
Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak
buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi saya tau,
salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy
saya cari orang lain. Terima kasih awak..
8- Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss!
Penat je saya masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak
appreciate, kutuk saya lagi adalah. Sampaikan awak cakap, “kalau lauk
simple macam ni pun awak tak reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain.”
Huhh. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap
macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde
la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak..
9- Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak
cakap, “ saya bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak
membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah nak faham awak
ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat
pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak
saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak..
10- Err.. banyak sangat dah ni. Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak..
Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak
selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak.
Saya selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye.
Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang
hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni.
Awak, terima kasih. Mintak maaf la. Saya tak seromantik awak nak tulis
ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, tapi kalau dah
sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira ‘sweet’ jugak kan? Hee..
Awak, terima kasih sekali lagi. Dah2, senyum sikit. Tak mau merajuk
dah.. saya janji tak buat lagi. Hee..kita pergi makan sama eh, kali ni
saya janji saya habiskan semua makanan.. J
Yang menyayangi,
Sayang.
p/s : sy copy paste je surat nih . haha ^^
No comments:
Post a Comment