Ciri
suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus... *^▁^*
1. Solat fardhu cukup 5 waktu,
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas,
boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar
ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3.
Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu
dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar
ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang
mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain
sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar
isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5.
Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif
Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6.
Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu
kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran
taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu.
Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan
bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9.
Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya
kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10.
Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang
belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak ada lah sampai orang kata tak
bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah
sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia
pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz
Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di
masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14.
Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri
dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai
pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cun, duk
tengok bini dia je walaupn bini dia tak cun.
#Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ni. hehe