Rasulullah
s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan
mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai
untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin
awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu
menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas
sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa
cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu.
Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah,
sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti
la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin
ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka
tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan
berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun,
tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah
mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja? (bagi lelaki )
Saya
tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam
PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin
dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat
biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang
asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah
yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung
kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak
ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua
masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai
emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya
tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi
dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka
cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri.
Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun
orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai
penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman
Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki
dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum
itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan
walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong
kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan
saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul
urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding
semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang
wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak
andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas
kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah
yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda
Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan
oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah
s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang
menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau
rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat,
kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam
agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan
maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.
Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda
yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan
bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau
kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan
terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk
melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan
untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda
Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk
meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka
nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di
muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R.
Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini
soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas
ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab
sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya
seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal
di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya
kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.
Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin
dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin
dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia
mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya,
ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang
paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa
dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi
kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat
dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih
terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta
pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah
tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di
atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu
kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu
berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah
segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin
awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu
susah sangat.
Umar
bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila
sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh
Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat
saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya
kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin
lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap
pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah.
InsyaAllah.
Rasulullah
s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia
tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Nahh ! Bukan sekarang lah aku nak kawen . Haha ^^ Calon pun tak de lagi . Hee . Okay fine . Gmbar kat atas tu , cuma photoshoot saje . hehe . So btw , nnti aku nak kawen nnti insyaAllah aku jemput korang rakan2 FB , BLOGGER , TWITTERJAYA, err , ape lagi ? ha ! GOOGLE PLUS . hehe.
Skang ni aku nak habeskan study dlu , then kerja then baru kawen . Itu perancangan aku . Tak tahu lah apa yang Allah dah rancangkan untuk aku . So , kita terima je lah qada' dan qadar ye :) Oh ., tadi ternampak status Fara Afiza ( model dari penang ) punya status update pasal tips perkahwinan . Saje je nak share ngn korang plak :)
Aku masih muda dan skang ni boleh enjoy lagi . Hehe ^^ . Assalamualaikum :)
(**tajuk tu saje je nak kasi korang bukak mata then baca blog aku smpai habis ) lalala~
Lots of love ,
Nadira Kushari