Assalamualaikum.
Sempena hari cuti ni, boleh laaa kita update pasal event semalam. Semalam ade open house/rumah terbuka/ riang ria raya 2014 utk semua ground operation staff kuala lumpur station. Tapi bos2 dari station lain turun jugak la, mcm terengganu, mana lagi eh smlm? Hehe. Tak ingat.
Firstly im excited to join this event. Iya tok. Housemate madah banyak hadiah lucky draw enak2. Percutian, tiket percuma, siapa sik mawu kan? So kita pun janji la dengan driver kita suruh ambil jam 5.30 sbb event start jam 6.
Nak dijadikan cerita, driver kita tak boleh ambil jam 5.30 tapi dia boleh ambil jam 7.30mlm. Hoi hoi. Aku dah fadeup dah time tu. Daripada lambat baik aku tak payah pergi langsung. Dah la baju raya tak de. 😭 orang lain vogue2 pkai baju raya, aku pkai baju jalan. Untung ade baju jalan mcm tu. Sebelum ni aku pkai tshirt je. Haha.
Sesampainya kat sana, event dah start. One team punya performance dah habis. So sad. Tak sempat tengok. Tapi makanan banyak lagi. Itu tak menyedihkan. Haha. Terus me and my housemate dari team cbto, pergi ambil sate, daging panggang and so on. Start melantak la babe. Raya okay raya.
Semalam boleh la bergembira sebab masa raya tu kami berduka cita. Dah la raya pertama, takbir raya pun tak dengar kat kaunter tu. Kena kerja dari jam 5 pg smpai 11malam. Uihnaa kau. Tak pe la. Berkhidmat untuk rakyat. Ecewahhh.
So semalam hari kita bersuka ria. Ramai jugak mamat2 hensem yang datang, ehh? Hahaha. Okayy la takat cuci mata. Iolls dah ada hatimanis. Hikhik.
From left: me, kak sufiah, mya, kak akma
From left : kak akma, me , ijam n tracy. Atototo. Tracy tu buat muka ayu2 cover2 lettew. Hihi.
Haaa! Ni abg aidil. Dia jaga gate. Abg aidil ni baik hati dan cute 😱. Masa memula masuk air asia, memang tak lain tak bukan, mesti la aku membontot abg aidil. Hikhik. Senior gua ni babe. Bestnya dlu masa pairing dengan dia, rasa syiokk gila sbb dia bg kita handle flight dia. Wehoo. Merasa jugak iolls handle flight sendiri taw. Kau hingat senang? Hehe.
Ini pulak, skandel. Ehhh, no no no. Hahaha. Ni, zaki. Abang sarawak kita. Hebat woo dia masak. Laksa sarawak dia memang buat kita terngiang2. Abg zaki kita ni ada business bakery dia sendiri kat sarawak. Eh cop! Ktorang tak plan pkai baju sama taw. Ini cuma kebetulan saje. Kan aku dh ckp awal2, aku tak de baju lain nak pakai. Herher.
Kak azzaliyana ni pulak, menang best dress semalam. Tempat ke2 kut? Mana idok nye, baju macam saloma uolls. Pastu kak azzaliyana ade perform jugak. Suara sedap gila alahai. Akk tak patut kerja ni kak. Akk boleh jadi artis kat malaysia. Hehe 😁
Haaa! Hakak ni bila kita nampak je terus kita tahan dia. Sian dia nak pi toilet kita tahan dia. Kuikui. Semangatnya sebab baju weolls sedondon. Kuning2 gittew. Ehh, kak anam ni cantik kann? 😍 dia dari department transfer desk.
Ini muka si ain najwa, junior sy happy dapat hadiah lucky draw. Tapi hadiahnya wallet lelaki jadi yg luckynya bukan dia tapi, boyfriend dia lah kan? Hahaha. Yang pasti semalam, ain najwa ni punya baju memang meletop pompom kau. Lawaaa gilaaa 😍😍😍😍
Gambar ni ade cerita. Memula dorang ni tengah selfie dengan abg balraj, duty exec counter team champion, pastu aku kne jadi photographer tangkap gambar dorang. Ah sudahnya, abg balraj dah malu, ktorang pulak yang selpie. Haha.
Tak kenal pun yg rambut pendek tu. Kenal si flora je, so lepas selpie2 terus tukar2 no phone dengan matlamat, 'lepas ni whatsapp aku gambar tadi'. Haha.
Sempat selfie dengan housemate, natalie sebelum balik. Sebelum balik wokeh. Bukan sebelum makan. Sebabnya, sampai2, terus makan. Hahaha. Nampak sangat ke kegelojohan disitu? Kuikui.
Last but not least, jen jen jeng! Gambar group version freestyle. Carila aku kat mana. Haha. We are bravorian! Baii 👋
Lepas tgkp gambar ni, aku ijam natalie edruce ngn budak sabah yg lain semua balik. Hahaha.
Selamat hari raya semuaa!
Nota kaki. Siapa nak duit raya, meh beraya dengan sy.
Love,
Nadira kushari.